Skip to main content

Singapura

PM Lee ucap selamat ulang tahun ke-94 kepada Dr Mahathir

 Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini (10 Jul) mengucapkan selamat ulang tahun ke-94 kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini (10 Jul) mengucapkan selamat ulang tahun ke-94 kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

“Saya doakan yang terbaik buat beliau pada hari jadinya,” menurut PM Lee dalam satu catatan di Facebooknya.

PM Lee turut memuat naik sekeping gambar beliau dan isterinya Cik Ho Ching, bersama dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah Mohd Ali semasa pasangan itu melawat Singapura sempena Sidang Puncak ASEAN tahun lalu.

"Kami menamakan bunga orkid Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, sebagai penghormatan kepada mereka,” menurut kapsyen PM Lee pada gambar itu.

PM Lee juga berkongsi beliau mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia itu bersama isterinya di perbarisan Hari Kebangsaan Singapura pada bulan depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita