Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee ucap Selamat Hari Raya, hargai pengorbanan dan pemahaman masyarakat Islam sepanjang 2 tahun lalu

Hari Raya tahun ini "memang terasa meriah dan istimewa" dengan pelonggaran sekatan COVID-19, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Anggaran Waktu Membaca:
 PM Lee ucap Selamat Hari Raya, hargai pengorbanan dan pemahaman masyarakat Islam sepanjang 2 tahun lalu

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. (Gambar fail: MCI)

SINGAPURA: Hari Raya tahun ini "memang terasa meriah dan istimewa" dengan pelonggaran sekatan COVID-19, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, sambil menambah ia berkat pengorbanan dan pemahaman masyarakat Islam sejak dua tahun lalu.

"Dua tahun terakhir ini merupakan masa yang sangat mencabar dan sukar. Terima kasih atas pengorbanan dan pemahaman anda," kata PM Lee dalam catatan beliau di Facebook pada Selasa (3 Mei).

Menurut PM Lee, buat pertama kali sejak pandemik bermula,masyarakat Islam dapat kembali ke keadaan yang hampir seperti sedia kala, dan berkumpul bersama keluarga dan sahabat-handai untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

"Dengan pelonggaran sekatan COVID-19, Raya tahun ini memang terasa meriah dan istimewa." ujarnya sambil mengajak masyarakat terus tabah mengamalkan tanggungjawab sosial bagi kemaslahatan semua.

"Marilah kita terus tabah dalam mengamalkan tanggungjawab sosial dan menjaga keselamatan diri serta orang-orang di sekeliling kita,"ujarnya.

"Kepada rakan-rakan Muslim kita, semoga anda menyambut Hari Raya dengan penuh riang dan gembira!"

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan