Skip to main content

Singapura

PM Lee tiba di Hanoi jelang rundingan rasmi teroka peluang perniagaan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Aug 2023 04:37PM Dikemas Kini : 28 Aug 2023 12:15AM
HANOI: Para pemimpin Singapura dan Vietnam bakal meneroka lebih banyak peluang perniagaan - termasuk mewujudkan taman-taman perindustrian baharu yang akan diusahakan secara bersama.

Ini merupakan antara agenda lawatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke Vietnam, di mana akan ada rundingan rasmi esok (28 Ogos).

PM Lee bagainamanpun sudah tiba di ibu kota Vietnam pada Ahad (27 Ogos) dan beliau disambut mesra para pemimpin dan pegawai pemerintah Vietnam.

Lawatan rasmi tiga hari PM Lee ke Hanoi dibuat atas undangan Perdana Menteri Pham Minh Chinh. Ia merupakan lawatan balas menyusuli kunjungan PM Pham ke Singapura pada Februari.

Lawatan tersebut juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Singapura-Vietnam - yang turut menandakan 10 tahun sejak kedua-dua negara menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang hubungan politik, keselamatan serta perdagangan dan pelaburan.

Antara yang boleh dijangkakan termasuklah perincian mengenai beberapa taman perindustrian secara usaha sama, yang merupakan tunggak utama pelibatan Singapura dalam ekonomi Vietnam.

AKAN ADA 13 TAMAN PERINDUSTRIAN SG-VIETNAM

Dengan taman-taman terbaharu itu, akan ada sejumlah 13 Taman Perusahaan Vietnam-Singapura di merata negara ini.

Sejauh ini, usaha berkenaan sudah menarik pelaburan sebanyak AS$18 bilion (S$24.4 bilion) dan mewujudkan sekitar 300,000 pekerjaan.

Semasa lawatan PM Lee, kedua-dua pihak akan mempertingkatkan Perjanjian Rangka Kerja Keterhubungan Singapura-Vietnam.

Perjanjian itu akan membuka laluan bagi lebih banyak kerjasama dalam bidang termasuk bakat, daya tenaga, kemampanan dan inovasi.

Syarikat kecil dan sederhana Singapura terutama dalam bidang pengilangan canggih, akan berpeluang menembusi pasaran Vietnam yang semakin berkembang.

Satu lagi tumpuan lawatan PM Lee adalah hubungan antara rakyat.

Para pemimpin dijadual bertemu dengan ketua-ketua belia dari kedua-dua negara, yang mengambil bahagian dalam satu program pertukaran.
Sumber : CNA/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita