PM Lee temu rakan sejawatan dari Timor-Leste, Vietnam dan Laos
Anggaran Waktu Membaca:
LABUAN BAJO: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan sejawatannya di luar Sidang Puncak ASEAN ke-42, bagi membincangkan kerjasama.
Semasa bertemu Perdana Menteri Timor-Leste, Taur Matan Ruak, mereka menegaskan lagi hubungan positif yang telah terjalin lama antara kedua-dua negara.
Singapura mahu melatih para pegawai Timor-Leste untuk mempersiapkan negara itu bagi menjadi anggota ASEAN.
Ia merupakan sebahagian daripada perancangan ASEAN untuk Timor-Leste memenuhi beberapa syarat sebelum diberi status sebagai anggota penuh pertubuhan itu.
PM Lee kemudian bertemu rakan sejawatannya dari Vietnam, Pham Minh Chinh.
Mereka membincangkan kerjasama antara Singapura dengan Vietnam dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan di rantau ini.
Perkongsian Singapura dan Vietnam dalam bidang ekonomi hijau dan digital semakin berkembang.
Kedua-dua Perdana Menteri mahu memajukan lagi kerjasama itu sedang Singapura dan Vietnam meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dua hala tahun ini.
PM Lee turut bertemu rakan sejawatannya dari Laos, Sonexay Siphandone.
Ia merupakan pertemuan pertama mereka sejak Encik Sonexay menyandang jawatan itu pada Disember tahun lalu.
Mereka membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam bidang tenaga, digital dan kemampanan.

Sumber : CNA/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.