PM Lee tekan peranan penting PA; yakin terus bina SG lebih kukuh, bersatu padu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook
SINGAPURA: Para pemimpin akar umbi, sukarelawan, pelbagai rakan korporat dan masyarakat, serta kakitangan Persatuan Rakyat (PA) telah memainkan peranan penting sejak sekian lama.
Ini termasuk mendampingi para penduduk dan mengukuhkan perpaduan masyarakat melalui pelbagai program dan inisiatif.
Menulis di laman Facebooknya pada Selasa (9 Apr), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata bahawa beliau berbesar hati dapat bertemu dengan sebahagian daripada mereka selepas Mesyuarat Lembaga PA pada Isnin.

Menurut PM Lee, misi PA kekal relevan sehingga ke hari ini - khususnya untuk membina jambatan antara pelbagai kumpulan dan masyarakat demi mencapai "Satu Rakyat, Satu Negara, Satu Singapura".
Menurut PM Lee, PA telah memainkan peranan penting semasa pandemik COVID-19, sekali gus mengingatkan kita tentang pentingnya perpaduan sosial dan kepercayaan antara pemerintah dan rakyat negara ini.
Sebelum mengakhiri catatannya, PM Lee yakin PA akan terus membantu membina Singapura yang lebih kukuh dan bersatu padu pada masa akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.