Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee tegur pembangkang tidak ada rancangan jelas tangani krisis COVID-19

PM Lee berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam rapat online anjuran pasukan PAP bagi GRC Sengkang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata parti-parti pembangkangtidak ada rancangan yang jelas bagi menangani krisis COVID-19 walaupun mereka menyatakan ingin membantu pekerja.

PM Lee berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam rapat online anjuran pasukan PAP bagi GRC Sengkang.

Beliau memberi sokongan kepada para calon PAP yang terdiri daripada Ng Chee Meng, Dr Lam Pin Min, Amrin Amin serta Raymond Lye sambil merujuk kepada pengalaman mereka dalam kegiatan akar umbi serta politik.

Menurut Encik Lee, pasukan di Sengkang mempunyai rancangan jelas membantu para pekerja dan penduduk di sana.

"Jika anda lihat manifesto pembangkang seperti Parti Pekerja yang bertanding di Sengkang, apa yang mereka buat? Mereka mengambil rancangan PAP, mereka katakan, bagus sekali. Dan ada beberapa kekurangan, baik kita isi tempat-tempat ini seperti yang mana anda perlu tambah lebih banyak wang, buat yang ini lebih murah, usaha lebih gigih. Saya juga boleh buat begitu.

"Sama seperti apa yang dikatakan Dr Vivian Balakrishnan dalam debat di TV beberapa hari lalu, ini sama seperti PAP. Kenapa anda mahu yang sama seperti PAP? Pasukan PAP yang betul lagi bagus dan di Sengkang, anda mempunyai (pasukan) PAP yang benar," kata Encik Lee.

RANCANGAN BANTU PENDUDUK SENGKANG

GRC baru Sengkang, terkenal dengan demografi penduduk muda.

Ia dibentuk dengan mengeluarkan Sengkang Central dari GRC Pasir-Ris Punggol dan menggabungkannya dengan Punggol East dan sebahagian daripada SMC Sengkang West.

"Keluarga muda antara kumpulan yang penting dan perlu diberikan perhatian. Jadi kami merancang untuk meningkatkan projek-projek sedia ada serta memperkenalkan beberapa program untuk menggunakan kemudahan dengan lebih baik demi memenuhi keperluan golongan tersebut," kata Encik Amrin.

Bagi penduduk yang pendapatan mereka terjejas akibat COVID-19, pasukan diterajui Ng Chee Meng berkata sebuah pusat kerjaya akan ditubuhkan di kawasan berkenaan untuk menghulurkan bantuan.

Selain itu, pameran pekerjaan dan peluang latihan akan segera diadakan.

Encik Amrin menambah: "Pameran pekerjaan adalah sesuatu yang penting dalam program kami. Akan ada peluang latihan juga dan kami akan menumpukan perhatian kepada golongan pekerja muda, para karyawan dan ibu-ibu yang tidak sabar untuk kembali bekerja. Kami mahu menyokong golongan ini dan menjaga mereka."

Encik Amrin juga menambah bahawa isu-isu sekitaran menghijau juga akan diusahakan pasukan itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan