Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: Sistem politik S'pura akan diperbaiki, bukan direka semula

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata sistem politik Singapura akan diperbaiki dan diubah, bukan direka semula.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee: Sistem politik S'pura akan diperbaiki, bukan direka semula

Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang juga Setiausaha Agung PAP, dan Menteri Kewangan Lawrence Wong di satu sidang media yang diadakan di Istana pada 16 April 2022. (Gambar: MCI)

TOKYO: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata sistem politik Singapura akan diperbaiki dan diubah, bukan direka semula.

Menjawab soalan berhubung demokrasi Singapura, PM Lee menjelaskan ia adalah satu sistem di mana pemerintah mempunyai keabsahan dan mandat rakyat.

Sebuah pemerintah akan dipilih jika dapat memastikan mandat iaitu berkhidmat untuk rakyat dan memajukan negara.

Ditanya tentang masa depan peranan politiknya, PM Lee berkata beliau tidak merancang untuk bersara.

"Saya merancang untuk berada dalam kedudukan untuk berundur dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada pengganti saya.

"Selepas itu, saya rasa tanggungjawab saya untuk berusaha sebaik mungkin membantu beliau berjaya dan membantu Singapura untuk terus berjaya.

"Jika beliau rasa saya berguna dalam apa-apa peranan, saya berbesar hati untuk memenuhinya," jelas PM Lee.

Menteri Kewangan Lawrence Wong baru-baru ini diumumkan sebagai pemimpin generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP), memberi laluan kepada Encik Wong menjadi Perdana Menteri seterusnya.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan