Skip to main content

Singapura

PM Lee seru rakyat agar hargai keharmonian kaum sempena sambutan Good Friday

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee seru rakyat agar hargai keharmonian kaum sempena sambutan Good Friday

(Gambar: St Joseph’s Church/MCI)

Diterbitkan : 29 Mar 2024 04:47PM Dikemas Kini : 29 Mar 2024 05:01PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk mengambil nasihat daripada mesej Good Friday dan Easter, dan menghargai keharmonian kaum yang berharga di negara ini.

Dalam catatan media sosial, PM Lee utus ucapan Good Friday dan Hari Easter kepada masyarakat Kristian tempatan. Beliau menambah perayaan tahun ini disambut sedang dunia dibelenggu masalah dan konflik.

PM Lee berkata ramai orang kini hidup dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau juga menggalakkan orang ramai agar tidak putus harapan ketika berdepan penderitaan dan tragedi, serta bersatu untuk menjadikan dunia lebih aman.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita