Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee seru kerjasama rapat antara khidmat awam dan kepimpinan politik

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Apr 2022 08:47PM Dikemas Kini : 12 Apr 2022 09:22PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata kepercayaan antara para menteri generasi sekarang dengan para pegawai kanan perkhidmatan awam mesti diperbaharui.

Menurut PM Lee, ini harus dilanjutkan ke generasi akan datang.

Ini, menurut beliau, adalah antara pengajaran utama daripada pandemik COVID-19. 

"Ini menetapkan asas bagi generasi para pemimpin seterusnya - kedua-dua para menteri dan Perkhidmatan Awam kerana bila tiba giliran mereka untuk menggalas tanggungjawab memimpin negara, kedua-duanya perlu bekerja rapat. Dan memberikan hasil yang sama yang dijangkakan dan sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Singapura," ujar PM Lee. 

Di Majlis Pelantikan dan Naik Pangkat Perkhidmatan Pentadbiran pada Selasa (12 Apr), PM Lee menarik perhatian pengajaran lain daripada pandemik.

Ini termasuk perlunya membuat keputusan yang sukar di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu.

Meskipun beliau akui tidak semua keputusan yang dibuat oleh pemerintah tepat, anak kuncinya adalah untuk terus belajar dan melakukan pembaikan.

PM Lee juga berkata adalah penting untuk melihat melampaui isu-isu segera dan membuat perancangan awal.

Ini selain memerlukan para pegawai awam mempunyai keupayaan untuk melaksanakan dasar-dasar dengan baik.

Yang paling penting, kata PM Lee, adalah kepercayaan rakyat Singapura terhadap pemerintah.

Sumber : CNA/EM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan