PM Lee seru Asia wujudkan keamanan, keselamatan dan kemakmuran berkekalan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyeru negara-negara Asia supaya mewujudkan keadaan bagi keamanan, keselamatan dan kemakmuran berkekalan dalam dunia yang bergelora sekarang.
Berucap di akhir Sidang Puncak Masa Depan Asia yang berlangsung selama dua hari, PM Lee menekankan peri perlunya negara-negara melindungi hubungan keseluruhan masing-masing daripada ketegangan geopolitik.
Sikap saling percaya perlu dibina kata PM Lee, selain terus bekerjasama secara pragmatik bagi manfaat bersama.
PM Lee berkata: "Ia sedang berlaku pada satu peringkat, contohnya, Jepun dan Korea sedang bekerja keras untuk melupakan perbezaan sejarah antara mereka. Atau China dan Australia, yang saling tidak sekata dalam isu-isu strategik, tapi mereka ada hubungan ekonomi yang mendalam. Dan saya gembira melihat bahawa ikatan itu semakin pulih sekarang ini. China sudah menarik balik tarif terhadap eksport barli Australia dan saya diberitahu baru-baru ini menarik balik sekatan terhadap eksport rumput kering Australia."
PM Lee juga menyentuh mengenai persaingan geopolitik Amerika Syarikat-China.
Persaingan itu kata beliau menjejas setiap rantau di dunia dan menyebabkan negara-negara Asia bimbang.
Ini kerana risiko berlaku kemalangan atau salah perkiraan terutama sekali bagi Selat Taiwan.
PM Lee menarik perhatian betapa negara-negara berbeza akan berpihak kepada satu atau lain, hampir kesemua negara mahu berkawan dengan China dan Amerika.

Sumber : CNA/DY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.