PM Lee sertai sambutan Hari Kebangsaan bersama penduduk Ang Mo Kio
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/leehsienloong)
SINGAPURA: Sambutan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos bermula lebih awal buat lebih seribu penduduk Ang Mo Kio.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong merupakan antara mereka yang menyertai sambutan tersebut pada pagi Rabu.
Ramai keluarga, rakan-rakan dan jiran hadir untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan Singapura.
"Saya fikir sebelum ini kami menghadapi COVID dan ramai orang tidak dibenarkan keluar. Jadi ini salah satu titik permulaan bagi kami kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Dan ia satu perasaan yang hebat kerana semua orang dapat keluar, pakai kemeja-T bertemakan Hari Kebangsaan dan menikmati suasana dan keseronokan," kata seorang penduduk.
"Seronok melihat ramai orang dari kaum berbeza dan juga pelawat dari negara-negara lain hadir. Jadi ia sungguh meriah dan seronok," kata seorang lagi peserta.
PM Lee yang merupakan salah seorang Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio juga menyertai kemeriahan tersebut.
Beliau memotong kek ulang tahun kemerdekaan Singapura selain mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan para hadirin, termasuk warga baharu Singapura.
Mariata Zhang merupakan antara mereka yang menyambut Hari Kebangsaan buat kali pertama sebagai warga Singapura.
"Saya menjadi warga Singapura Disember tahun lalu. Saya memohonnya sendiri. Saya datang ke Singapura pada tahun 2000, melanjutkan pelajaran, berkahwin dan mulakan keluarga di sini. Jadi saya memutuskan untuk membawa keluarga saya ke sini untuk menjadi warga Singapura."
Ucapannya sempena ulang tahun kemerdekaan Singapura adalah bagi negara ini kekal makmur di mana ramai orang boleh hidup dengan selesa.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.