Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sertai masyarakat Islam berbuka puasa di Masjid Al-Khair

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyertai acara berbuka puasa bersama 300 jemaah di Masjid Al-Khair pada Khamis (6 April).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee sertai masyarakat Islam berbuka puasa di Masjid Al-Khair

(Gambar: Syawal Yusoff)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyertai acara berbuka puasa bersama 300 jemaah di Masjid Al-Khair pada Khamis (6 April). 

Sepanjang lebih sejam beliau di masjid yang terletak di Teck Whye Crescent itu, beliau sempat beramah mesra dengan para relawan masjid yang bertungkus lumus mula menyiapkan juadah berbuka selepas solat Asar. 

PM Lee juga mengikuti perkongsian tentang sejarah masjid yang berusia lebih 60 tahun itu oleh para anggota pengurusan masjid. 

Dalam kesempatan itu juga, PM Lee merakamkan ucapannya sempena Ramadan untuk 'podcast' Fitrah hasil kerjasama antara Masjid Al-Khair dengan stesen radio Mediacorp Warna942.

(Gambar: Syawal Yusoff)

Dalam sesi berbuka puasa pula, PM Lee disertai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman dan Menteri Negara Kanan, Zaqy Mohamad, Menteri Negara, Dr Faishal Ibrahim dan Datuk Bandar, Daerah Tenggara, Fahmi Aliman. 

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong dan Menteri Negara, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Low Yen Ling turut sama memeriahkan suasana.

Para pemimpin MUIS termasuk Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir juga hadir di acara itu.

(Gambar: Syawal Yusoff)

"Saya gembira sekali melihat interaksi Perdana Menteri dengan jawatankuasa masjid, sukarelawan dan masyarakat umumnya. Beliau amat beramah-tamah dengan mereka dan mereka menerima kehadiran beliau di acara berbuka puasa dengan begitu berlapang dada dan gembira sekali," ujar Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan. 

"Alhamdulillah kita dapat berbuka puasa dengan PM dan beliau memberikan ucapan salam dan rahmah kepada semua dalam menunaikan ibadah puasa kita," tambah beliau. 

Encik Masagos juga gembira melihat suasana di masjid kembali rancak tahun ini.

"Alhamdulillah kita telahpun melewati separuh bulan Ramadan dan saya harap semua dapat menjalani ibadah Ramadan, ibadah tarawih dan beriktikaf di masjid dengan tenang dan sekali gus meriah kerana kita telah keluar daripada bencana COVID-19 bersama-sama. Dengan itu marilah kita terus meningkatkan ibadah dengan sikap rahmah pada sesama tidak kira bangsa atau agama supaya Islam terus sinar di Singapura," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan