Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sertai Hari Menanam Pokok diadakan buat julung kali di taman atas bumbung

 Hari Menanam Pokok tahun ini ada satu kelainan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Nov 2020 09:08PM Dikemas Kini : 01 Nov 2020 09:13PM

SINGAPURA: Hari Menanam Pokok tahun ini ada satu kelainan.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyertai acara tahunan itu di taman atas bumbung, buat julung-julung kalinya.

Ia juga disiarkan secara langsung di Facebook kerana para penduduk tidak dibenarkan hadir kerana langkah-langkah jarak sosial.

Encik Lee disertai para Anggota Parlimen dari GRC Ang Mo Kio, serta SMC Kebun Baru dan SMC Yio Chu Kang.

Beliau turut menanam pokok bonsai, yang boleh tumbuh sehingga 20 meter dan sesuai untuk suasana luar, sepanjang tahun.

Beliau turut melawat tapak-tapak tanaman herba dan rempah ratus berdekatan.

Turut ditinjau, pameran tentang pembangunan baru estet-estet yang diuruskan Majlis Bandaran Ang Mo Kio.

Sebanyak 160 beg berisi benih sayur salada juga dibahagi-bahagikan untuk menggalak para penduduk memulakan tanaman di dalam rumah. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan