PM Lee sertai 1,000 penduduk Jalan Kayu dalam acara sempena Minggu Keluarga Kebangsaan
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (5 Jun) menyertai 1,000 penduduk Jalan Kayu di satu acara yang meraikan keluarga dan ikatan masyarakat yang dijalin semasa pandemik COVID-19.
PM Lee turut menyertai lebih 20 penduduk melakukan senaman ringan.
Ia merupakan salah satu di antara 25 kegiatan lain di acara tersebut.
Encik Lee kemudian menyertai bengkel membuat terarium dan melukis pada apron.
Disertai Anggota Parlimen, Ng Ling Ling, beliau kemudian menyampaikan Anugerah Jasa Bakti kepada para pemimpin akar umbi.
Acara tersebut diadakan sempena Minggu Keluarga Kebangsaan.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.