Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sekali lagi terjangkit COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2023 09:29AM Dikemas Kini : 01 Jun 2023 11:48PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong, sekali lagi diuji positif COVID-19 selang beberapa hari bebas daripada jangkitan penyakit itu.

"Saya berasa baik-baik sahaja tetapi malangnya, saya diuji positif COVID-19 sekali lagi," kata PM Lee menerusi satu catatan Facebook pada Khamis (1 Jun).

"Doktor-doktor saya berkata, ia "post COVID rebound" (kembali terjangkit COVID-19 dalam tempoh singkat) yang berlaku antara 5 hingga 10 peratus kes," katanya lagi.

PM Lee menambah, beliau "masih boleh menjangkiti orang lain tetapi risikonya tidak tinggi berbanding jangkitan pertama".

Para doktor PM Lee juga menasihatinya supaya mengasingkan diri sehingga beliau diuji negatif ART.

Dalam pada itu, PM Lee memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri satu majlis keagamaan di Kuil Sri Thendayuthapani pagi ini (1 Jun). Beliau menanti-nantikan peluang untuk menghadiri acara itu tetapi "malangnya terpaksa tidak hadir demi memastikan orang lain di sekelilingnya selamat".

"Saya memohon maaf kepada pihak penganjur dan semua tetamu bagi acara itu. Semoga acara berjalan lancar dan semua dapat meraikannya dengan meriah!" tulis PM Lee.

PM Lee diuji positif COVID-19 buat kali pertama pada 22 Mei menyusuli lawatannya ke Afrika Selatan dan Kenya.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan