Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada 21 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee sampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada 21 Ogos

Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2021. (Gambar: Cuba Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 11 May 2022 06:42PM Dikemas Kini : 11 May 2022 06:42PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad (21 Ogos).

NDR itu akan diadakan di Ibu Pejabat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu (11 Mei).

NDR dianggap sebagai ucapan politik paling penting sepanjang tahun, menyediakan platform bagi Perdana Menteri untuk menyampaikan ucapan utama kepada warga Singapura dan berkongsi dasar penting kepada seluruh negara.

Menurut Arkib Negara, Rapat Umum Hari Kebangsaan diadakan setiap tahun sejak 1966, kecuali pada 2020 apabila PM Lee membuat ucapan di Parlimen akibat penularan COVID-19.

Dalam ucapannya itu, Encik Lee mengumumkan pelbagai langkah untuk membantu pekerja bergaji rendah dan menangani keprihatian mengenai ketegangan kaum dan masyarakat.

Beliau juga menyentuh keadaan COVID-19 di Singapura. Ketika itu Singapura diletakkan di bawah sekatan COVID-19 yang ketat kerana kes yang meningkat. PM Lee juga berkata Singapura akan maju ke hadapan "selangkah demi selangkah".

Sumber : CNA/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa