Skip to main content

Singapura

PM Lee sampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan bermula 6.45 petang pada 20 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee sampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan bermula 6.45 petang pada 20 Ogos

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 14 Aug 2023 05:00PM Dikemas Kini : 19 Aug 2023 12:15AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (20 Ogos), di ibu pejabat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio.

Ucapan Encik Lee itu akan disiarkan di saluran televisyen dan radio setempat serta wadah online.

PM Lee akan berucap dalam bahasa Melayu pada 6.45 petang, bahasa Mandarin pada 7.00 malam dan bahasa Inggeris pada 8.00 malam.

CNA akan menyiarkan ucapan itu dengan sari kata dalam bahasa Inggeris. Ucapan Encik Lee juga akan disiarkan dalam bahasa Inggeris di Saluran 5 dan CNA938; dalam bahasa Mandarin di Saluran 8, Saluran U dan Capital 95.8FM; dalam bahasa Melayu di Suria dan Warna 94.2FM dan dalam bahasa Tamil di Vasantham dan Oli 96.8FM, selain penstriman secara langsung di saluran YouTube CNA dan CNA, meWATCH.sg dan 8world.com, serta di saluran YouTube PMO dan halaman Facebook Encik Lee dan REACH.

Kemas kini secara langsung turut akan disediakan di akaun Facebook, X (Twitter) dan Threads PM Lee.

Penonton juga boleh menyertai perbualan online dengan hashtag, ndr2023 dan ndrsg.

Ucapan Perdana Menteri di rapat tersebut dianggap sebagai ucapan politik paling penting setiap tahun kerana ia secara tradisional melibatkan perubahan dasar serta mencartakan hala tuju Singapura.

Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita