Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sambut Hari Kebangsaan bersama penduduk Teck Ghee

Sekitar 1,500 penduduk Teck Ghee menyambut hari ulang tahun Singapura yang ke-53 dalam Upacara Memperingati Hari Kebangsaan pagi tadi (9 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee sambut Hari Kebangsaan bersama penduduk Teck Ghee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersama para penduduk Teck Ghee sempena meraikan Hari Kebangsaan. (Gambar: LH Goh/ MCI)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 05:01PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 05:07PM

SINGAPURA: Sekitar 1,500 penduduk Teck Ghee menyambut hari ulang tahun Singapura yang ke-53 dalam Upacara Memperingati Hari Kebangsaan pagi tadi (9 Ogos).

Tidak kira tua mahupun muda, para penduduk Teck Ghee menikmati lagu-lagu Hari Kebangsaan yang tidak asing bagi mereka. Telatah para pelajar yang membuat persembahan-persembahan itu menghiburkan lagi para penduduk.

Upacara itu diadakan di Sekolah Rendah Townsville dan ia dihadiri para penduduk daripada pelbagai latar belakang. Perdana Menteri Lee Hsieng Loong, yang juga Anggota Parlimen Teck Ghee dalam GRC Ang Mo Kio sertai sama upacara itu untuk meluangkan masa bersama para penduduk pada hari istimewa ini.

Detik-detik manis PM Lee bersama para pelajar yang mengenakan pakaian berwarna merah dan putih serta mereka yang memakai baju tradisional turut dirakam dan dikongsi di laman Facebook PM Lee.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan