PM Lee sambut baik penguatkuasaan 3 perjanjian dua hala SG-Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyambut baik penguatkuasaan tiga perjanjian dua hala Singapura-Indonesia di bawah Rangka Kerja Diperluaskan.
Demikian menurut PM Lee menerusi catatan Facebook beliau pada Jumaat (22 Mac), selepas mengadakan perbualan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo melalui panggilan telefon.
Ketiga-tiga perjanjian tersebut menyentuh tentang isu-isu pengurusan ruang udara, kerjasama pertahanan dan ekstradisi penjenayah. Ia dimeterai dua tahun lalu, semasa Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia 2022 di Bintan.
"Ia (perjanjian tersebut) mencerminkan komitmen yang kita kongsi sebagai jiran yang dekat untuk saling bekerjasama ke arah hasil yang saling menguntungkan kedua-dua negara.
"Perjanjian-perjanjian tersebut adalah perkembangan penting dalam hubungan antara Singapura dengan Indonesia. Nantikan kerjasama lanjut kita, untuk meneroka bidang-bidang kerjasama baharu dalam tahun-tahun mendatang," kata PM Lee.
Indonesia mengesahkan Perjanjian Ekstradisi dan Perjanjian Kerjasama Pertahanan pada Disember lalu.
Di bawah perjanjian ekstradisi pula, para penjenayah dari kedua-dua negara yang telah melakukan 31 jenis jenayah, termasuk rasuah, dadah dan pengganasan, boleh diekstradisi ke negara asal mereka.
Ia diguna pakai bagi kesalahan yang dilakukan sehingga 18 tahun yang lalu.
Perjanjian Kerjasama Pertahanan akan mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin antara kedua-dua angkatan bersenjata Singapura dan Indonesia, sekali gus menganjakkan lagi hubungan pertahanan kedua-dua negara.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.