Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sahkan sokongan SG untuk keanggotaan Timor-Leste dalam ASEAN

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Dec 2022 05:05PM Dikemas Kini : 08 Dec 2022 11:34PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (8 Dis) mengesahkan sokongan Singapura secara prinsip bagi keanggotaan Timor Leste dalam ASEAN semasa bertemu Presiden Timor-Leste José Ramos-Horta, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA). 

Encik Ramos-Horta berada di Singapura bagi lawatan negara pertamanya dari 6 hingga 11 Disember. Beliau diberi sambutan beristiadat di Istana oleh  Presiden Halimah Yacob dan diraikan dalam jamuan makan tengah hari oleh Encik Lee. 

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin mengesahkan hubungan dua hala yang mesra dan sudah lama terjalin antara Singapura dan Timor-Leste sejak sebelum kemerdekaan Timor-Leste, menurut MFA. 

Puan Halimah dan Encik Lee turut menekankan komitmen Singapura untuk menyokong pembangunan Timor-Leste menerusi program membina keupayaan, dan mengalu-alukan lebih ramai pegawai Timor-Leste untuk menyertai Program Kerjasama Singapura - satu wadah untuk menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara membangun. 

Encik Lee mengesahkan komitmen Singapura untuk bekerjasama secara membina bersama anggota negara ASEAN lain bagi keanggotaan Timor-Leste dalam blok rantau Asia Tenggara itu, menurut MFA. 

Untuk membantu Timor-Leste mempertingkatkan keupayaannya sebagai persiapan untuk menjadi anggota ASEAN, Singapura akan melancarkan bantuan teknikal khas, iaitu pakej Sokongan Persiapan ASEAN Singapura-Timor-Leste (STARS), tambah MFA. 

"Pakej STARTS merangkumi kursus-kursus bagi lebih 300 pegawai Timor-Leste dalam dua bidang keutamaan, khususnya pengetahuan ASEAN dan latihan kemahiran, serta pembangunan keupayaan pendidikan." 

Terdapat kursus-kursus mengenai komunikasi bahasa Inggeris, pengambilan nota dan penulisan laporan serta rundingan bagi lebih 200 pegawai Timor-Leste.

Kira-kira 100 guru, pentadbir sekolah dan pegawai pendidikan TImor-Leste akan dilatih untuk membangunkan sistem pendidikan negara tersebut bagi mempersiapkan generasi muda untuk menyertai masyarakat ASEAN. 

Pada Khamis, Encik Ramos-Horta juga menerima sejenis orkid hibrid yang dinamakan sempena nama beliau, Dendrobium José Ramos-Horta.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan