PM Lee rasmikan River Hongbao edisi 200 Tahun S'pura
Perdana Menteri Lee Hsien Loong melancarkan acara River Hongbao di Pentas Terapung Marina Bay hari ini (3 Feb).
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong melancarkan acara River Hongbao di Pentas Terapung Marina Bay hari ini (3 Feb).
Acara tahunan itu dianjurkan bagi menyambut Tahun Baru Cina dan ia merupakan acara besar yang pertama selepas pelancaran kegiatan mengenang 200 tahun Singapura.
Acara River Hongbao tahun edisi 200 Tahun Singapura itu menampilkan pertunjukan bunga api yang hebat dan memberi tumpuan untuk memikat golongan belia.
Pertunjukan bunga api yang bermula pada pukul 10.00 malam berlangsung selama 12 minit, iaitu yang paling lama bagi acara River Hongbao.
Selain itu, edisi 200 Tahun Singapura itu juga menampilkan pameran yang menyusur sejarah dan pembangunan Sungai Singapura menerusi unsur-unsur interaktif. Pameran itu akan berlangsung di sebuah kapal warisan yang boleh dikunjungi orang ramai.
Beberapa kegiatan baru juga akan dianjurkan bagi menarik para pengunjung lebih muda. Ini seperti River Hongbao Hackathon.
Berlangsung selama lapan hari, River Hongbao mahu memikat lebih sejuta pengunjung pada tahun ini.
Tiada bayaran masuk dikenakan bagi acara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.