Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee pulih dari COVID-19, akan kembali bekerja pada Isnin

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee pulih dari COVID-19, akan kembali bekerja pada Isnin

Gambar: MCI

Diterbitkan : 28 May 2023 10:05PM Dikemas Kini : 28 May 2023 10:09PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong diuji negatif COVID-19, tujuh hari selepas beliau disahkan dijangkiti koronavirus buat pertama kalinya pada 22 Mei.

Dalam satu catatan di Facebook pada Ahad (28 Mei), Encik Lee berkata: "Saya kini negatif COVID-19 dan akan kembali bertugas pada Isnin. Terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucap cepat sembuh!"

Encik Lee menambah bahawa beliau sepatutnya menghadiri sambutan ulang tahun ke-200 sekolah Raffles Institution pada Ahad tetapi dinasihati doktornya supaya "terus berehat hujung minggu ini".

Raffles Institution meraikan hari pengasas insititusi tersebut pada Ahad. Encik Lee berkata sekolah tersebut, yang ditubuhkan pada 1823, telah mengekalkan "etos sekolah dan semangat yang kuat serta membina reputasi bagi kepimpinan, kecemerlangan akademik dan khidmat pelajar" kepada Singapura sepanjang 200 tahun yang lalu.
Ucapan Encik Lee disampaikan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Encik Lee diuji positif COVID-19 pada 22 Mei setelah melakukan lawatan ke Afrika Selatan dan Kenya.

Beliau berkata doktor telah memberinya ubat antivirus Paxlovid untuk merawat COVID-19 disebabkan umurnya, dan menambah suntikan dos penggalak terakhir yang diperolehinya adalah pada November lalu.

Dalam catatan Facebooknya itu, beliau menggesa penduduk supaya terus memastikan vaksinasi mereka yang terkini, kerana ia mengurangkan risiko penyakit yang teruk.

"Memandangkan COVID-19 kekal endemik di Singapura, kita harus terus kekal selamat dan sihat," ujar beliau.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan