PM Lee puji ucapan Low Thia Khiang tentang peranan S'pura di rantau ini
Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (3 Mac) memuji anggota Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang atas ucapannya semasa perbahasan Belanjawan. Malah, beliau menyifatkan ucapan Encik Low sebagai "menyakinkan dan seimbang".
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (3 Mac) memuji anggota Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang atas ucapannya semasa perbahasan Belanjawan. Malah, beliau menyifatkan ucapan Encik Low sebagai "menyakinkan dan seimbang".
Namun, menurutnya, ucapan Encik Low diakhiri dengan nada berat sebelah atau berpihak (partisan note).
Encik Low berucap di Parlimen pada Rabu (28 Feb) tentang peranan Singapura di rantau in di tengah-tengah kebangkitan China sebagai kuasa terbesar.
Dalam catatan Facebooknya hari ini (3 Mac), Encik Lee berkata ucapan Encik Low sememangnya "berlandaskan keperluan dan perspektif Singapura" dan menyifatkannya sebagai "penilaian objektif, oleh seorang rakyat Singapura daripada kaum Cina yang berpelajaran tinggi, tentang kebangkitan China."
"Ia menggambarkan bagaimana politik tempatan tidak harus terbatas kepada hal ehwal dalam negeri, dan kami semua harus bersatu untuk berdepan dengan dunia," kata PM Lee.
"Encik Low Thia Khiang memberi ucapan tentang bagaimana Singapura seharusnya bertindak sedang China kini menjadi lebih berpengaruh," kata beliau. "Beliau menarik perhatian kepada Singapura, sebagai negara kecil berbilang kaum di Asia Tenggara, harus 'hidup' dan merebut peluang yang ada dan tempuhi segala cabaran - bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi ekonomi politik juga."
Bagaimanapun, PM Lee mengatakan Encik Low mengakhiri ucapannya dengan "nada berat sebelah".
"Beliau menyifatkan pengumuman GST sebagai sesuatu yang cuba mengalih perhatian (orang ramai)," kata PM Lee, merujuk kepada rancangan menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat dalam pembentangan Belanjawan 2018.
Beliau menambah, para menteri Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan anggota parlimen lain sudah "membincangkan hal ini dengan Encik Low dan WP".
"Tetapi, saya ingin mengongsi ucapan Encik Low untuk memuji hujah-hujahnya yang lain, yang seolah-olah disampaikan oleh seorang Anggota Parlimen PAP."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.