PM Lee, Presiden Xi bertemu di Bangkok, sahkan hubungan rapat SG-China
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kementerian Perhubungan dan Penerangan)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden China Xi Jinping mengesahkan lagi hubungan rapat yang terjalin di antara Singapura dan China pada Khamis (17 Nov) dalam pertemuan mereka di luar mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang ke-28 di Bangkok.
Pertemuan kedua-dua pemimpin itu adalah yang pertama secara bersemuka sejak tiga tahun lalu, meskipun mereka pernah bertemu secara maya dalam beberapa acara semasa tempoh pandemik, menurut seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri.
Semasa pertemuan itu, Encik Lee menyampaikan ucapan tahniah kepada Encik Xi atas kejayaan Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC).

"PM Lee dan Presiden Xi mengesahkan hubungan rapat dan berbilang hala antara Singapura dan China, dan bagaimana kedua-dua pihak terus mengukuhkan kerjasama meskipun di tengah-tengah pandemik dan cabaran sejagat yang kian berubah-ubah," tambah jurucakap itu.
Encik Xi turut memberikan perkembangan mengenai Kongres Kebangsaan CPC yang ke-20 dan rancangan beliau bagi pembangunan China.
Kedua-dua pemimpin juga saling bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala, pembangunan serantau serta antarabangsa, termasuk peri pentingnya mengekalkan hubungan AS-China yang stabil.
Encik Xi sekali lagi mempelawa Encik Lee untuk datang ke China dalam masa terdekat, dengan Encik Lee turut membalas dengan mengundang Encik Xi melawat Singapura lagi.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.