Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee, Presiden Halimah utus takziah kepada pemimpin Itali susuli jambatan runtuh

Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan kawat takziah kepada rakan-rakan sejawatan masing-masing di Itali berhubung jambatan Morandi yang roboh di Genoa.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee, Presiden Halimah utus takziah kepada pemimpin Itali susuli jambatan runtuh

Jambatan Morandi yang roboh di Genoa, Itali. (Gambar: Valery Hache/AFP)

Diterbitkan : 15 Aug 2018 10:54PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 10:58PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan kawat takziah kepada rakan-rakan sejawatan masing-masing di Itali berhubung jambatan Morandi yang roboh di Genoa.

Angka korban akibat tragedi itu kini mencecah 39 mangsa pada Rabu (15 Ogos), dengan jumlah itu dijangka akan terus meningkat. Usaha mencari dan menyelamat kini sedang dijalankan di sebahagian lebuh raya itu, yang merupakan laluan utama ke Italian Riviera dan kawasan pesisiran di selatan Perancis.

Tiada laporan diterima sejauh ini mengenai rakyat Singapura yang cedera akibat insiden tersebut, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Dalam kawat takziahnya kepada Presiden Itali Sergio Mattarella, Puan Halimah berkata beliau berasa sedih setelah mendapat tahu tentang tragedi yang meragut nyawa dan kecederaan itu.

"Bagi pihak rakyat Singapura, saya ingin menyampaikan rasa simpati yang mendalam kepada keluarga-keluarga yang terjejas akibat tragedi tersebut. Kami berharap agar mereka yang cedera akan sembuh dengan segera," tulis Puan Halimah.

"Ingatan dan doa kami ditujukan kepada rakyat Itali dalam masa-masa sukar ini."

Dalam suratnya kepada Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte, PM Lee turut meluahkan rasa simpati yang mendalam kepada rakyat negara itu.

"Saya yakin Itali akan bangkit semula daripada tragedi ini. Ingatan kami bersama para mangsa dan keluarga mereka dalam masa-masa sukar ini," tambah PM Lee.

Menurut MFA, rakyat Singapura yang kini berada di Genoa harus menghubungi keluarga dan rakan-rakan untuk memaklumkan bahawa mereka berada dalam keadaan selamat.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan, sila hubungi Pejabat Petugas 24-jam MFA di talian +65 6379 8800/8855.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan