PM Lee, Presiden Halimah bertemu Naib PM China Han Zheng susuli mesyuarat tahunan dua hala
Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertemu dengan Naib Perdana Menteri China, Han Zheng pada 2 November 2022. (Gambar: Kementerian Perhubungan dan Penerangan)
Singapura dan China "meneruskan interaksi pada momentum tinggi meskipun di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang melanda, termasuk mesyuarat-mesyuarat yang diadakan secara online dan lawatan dua hala," menurut satu kenyataan media Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (2 Nov).
Ia menambah bahawa lawatan Encik Han selama dua hari merupakan peristiwa penting dalam penyambungan semula pertukaran secara beransur-ansur antara kedua-dua negara.
Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama Encik Han ke luar negara sejak bermulanya pandemik COVID-19. Beliau juga merupakan pemimpin paling kanan China yang melawat Singapura sejak pandemik.
"Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus membangunkan dan mengukuhkan kerjasama dua hala sejajar dengan pembangunan keutamaan masing-masing, yang mana akan memanfaatkan bukan sahaja kedua-dua negara itu, bahkan rantau ini yang lebih luas."
MESYUARAT JBC
Perjanjian-perjanjian tersebut ditandatangani di mesyuarat Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) yang ke-18, yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat dan Encik Han.
Ia merupakan forum tahunan tertinggi di antara China dan Singapura. Forum edisi kali ini juga merupakan mesyuarat pertama yang diadakan secara fizikal sejak pandemik COVID-19 melanda.
"Lawatan beliau merupakan peluang bagi negara-negara kami untuk meneliti semula kerjasama dua hala dan merangka hala tuju bagi membina masa depan yang makmur untuk rakyat-rakyat kami di tengah-tengah persekitaran sejagat yang semakin tidak menentu," kata Encik Heng dalam satu rencana yang ditulis menjelang mesyuarat itu.
19 memorandum persefahaman (MOU) dan perjanjian yang dimeterai, meliputi bidang seperti pembangunan hijau, ekonomi hijau, e-dagang, kesihatan awam, kerjasama inovasi dan pertukaran pelancongan.
Encik Heng juga menambah bahawa JCBC tahun ini diadakan pada masa yang penting bagi kedua-dua negara dan dunia.
"Bagi China, Kongres Parti ke-20 yang baru saja tamat menandakan lembaran baru yang penting bagi negara itu dan pembentangan rangka tindakan bagi pembangunan China pada tahun-tahun akan datang," jelas Encik Heng.
Manakala, Singapura menantikan kerjasama dengan China dalam memperkukuhkan pemulihan daripada pandemik, menghidupkan semula kerjasama dua hala untuk meraih peluang-peluang baru, dan menjalinkan kerjasama dengan negara-negara lain untuk mengatasi cabaran-cabaran bersama serta membina masa depan yang lebih baik bagi rantau ini dan dunia.
Encik Han juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa (1 Nov).
Majlis perniagaan itu dipengerusikan bersama oleh menteri-menteri Singapura dan gabenor China di wilayah-wilayah seperti Sichuan, Zhejiang, Guangdong dan Jiangsu.
Menurut satu catatan di Facebook, Encik Wong berkata: "Terdapat skop bagi Singapura dan China untuk mengukuhkan lagi kerjasama, termasuk dalam lapangan seperti ketersambungan, inovasi, kewangan hijau dan ekobomi digital, yang akan memanfaatkan orang ramai dan perniagaan-perniagaan di kedua-dua negara."
Encik Han juga bertemu dengan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean pada Rabu, selepas mesyuarat dengan Encik Wong pada Selasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.