PM Lee, Presiden Chile sahkan hubungan dua hala
Di luar acara Forum Jaluran Ekonomi Laluan Sutera, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan Presiden Chile, Sebastian Pinera.
SINGAPURA: Di luar acara Forum Jaluran Ekonomi Laluan Sutera, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan Presiden Chile, Sebastian Pinera.
Mereka menegaskan hubungan mesra antara kedua-dua negara yang sudah lama terjalin.
Kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk
meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan digital serta negara bijak.
Mereka turut menekankan tentang pentingnya Perjanjian Dagangan Bebas antara Perikatan Pasifik dengan Singapura dalam melancarkan lagi aliran perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua buah negara.
Perikatan Pasifik merupakan sebuah kumpulan negara-negara Amerika Latin yang juga termasuk Colombia, Mexico dan Peru.
PM Lee dan Presiden Pinera berkata perjanjian seperti itu menegaskan lagi komitmen Singapura dan Chile terhadap nilai-nilai perdagangan bebas dan kerjasama serta sistem berbilang hala yang berlandaskan undang-undang yang memberi manfaat kepada semua negara.
Kedua-dua pemimpin turut mengalu-alukan pelbagai kegiatan yang telah diatur untuk meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Singapura-Chile tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.