Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee positif COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee positif COVID-19

Gambar: AFP/Rodger Bosch; Facebook/Lee Hsien Loong

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau diuji positif COVID-19 selepas pulang dari lawatan kerjanya ke Afrika Selatan dan Kenya baru-baru ini.

Dalam satu catatan di Facebook pada Isnin (22 Mei), PM Lee berkata pada amnya beliau berasa baik-baik sahaja tetapi dinasihatkan doktor supaya mengasingkan diri sehingga tidak lagi mengalami gejala.

"Saya diuji positif COVID-19 buat kali pertama pagi ini. Ini berlaku selepas lawatan kerja saya baru-baru ini. Saya secara amnya berasa ok tetapi doktor menasihati saya untuk mengasingkan diri sehingga saya tidak mengalami gejala".

Tambah Encik Lee, 71 tahun, atas sebab usianya, beliau juga diberi ubat antivirus Paxlovid.

Menurutnya lagi, beliau telah mendapatkan suntikan penggalak vaksin COVID-19 pada bulan November lalu dan menggesa penduduk supaya terus memastikan mendapatkan vaksin terkini mereka, kerana ia mengurangkan risiko penyakit yang teruk.

"COVID-19 kekal endemik di Singapura, kita mesti terus kekal selamat dan sihat," ujar beliau.

PM Lee telah melakukan lawatan rasmi ke Afrika Selatan dari 14 Mei hingga 16 dan ke Nairobi, Kenya dari 17 hingga 19 Mei.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan