Skip to main content

Singapura

PM Lee: Pemerintah lakar pelbagai pelan untuk generasi masa depan S'pura

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Pemerintah sudah membentangkan rancangan-rancangan bagi menyokong generasi masa depan Singapura, namun lebih ramai rakyat diharap dapat memanfaatkannya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Sep 2019 07:38PM Dikemas Kini : 14 Sep 2019 11:47PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Pemerintah sudah membentangkan rancangan-rancangan bagi menyokong generasi masa depan Singapura, namun lebih ramai rakyat diharap dapat memanfaatkannya.

Beliau berkata demikian di satu acara bagi mendakapi keibubapaan yang disertai 100 keluarga hari ini (14 Sep) PM Lee berkata, banyak yang sudah diperkatakan tentang Bandar Baru Tengah, Punggol serta Kawasan Pesisiran Selatan.

Kesemua pembangunan itu diharapkan akan menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi generasi masa depan untuk hidup lebih berjaya dan makmur.

PM Lee turut berkata usaha membangunkan Singapura adalah bagi bagi anak-anak dan cucu-cucu kita. Lantaran itu, adalah penting untuk memastikan terdapat generasi masa depan yang akan menjayakan dan memajukannya.

Acara tersebut bertujuan memberi sokongan kepada keluarga-keluarga muda untuk membina rangkaian sokongan antara satu dengan yang lain bagi melalui proses keibubapaan. 

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita