Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee pelawa Anwar melawat Singapura

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee pelawa Anwar melawat Singapura

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dengan Encik Anwar Ibrahim. (Gambar: MCI)

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mempelawa rakan sejawatannya dari Malaysia Encik Anwar Ibrahim untuk melawat negara itu tidak lama lagi.

“Saya mengundang PM Anwar untuk melawat Singapura tidak lama lagi. Saya berharap dapat bekerjasama dengan beliau dan kerajaan baharu untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala,” kata Lee dalam kemas kini tarbarunya di Facebook hari ini (25 Nov).

PM Lee berkata beliau sudah bercakap dengan Encik Anwar hari ini dan mengucapkan tahniah kepada pemimpin itu yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Saya mengenali Encik Anwar selama beberapa dekad. Kali terakhir kami bertemu di Singapura pada 2018, ketika beliau menyampaikan ucapan mengenai kepentingan hubungan dua hala antara Singapura dan Malaysia di Sidang Puncak Singapura,” tulisnya.

Beliau turut memuat naik gambar beliau dan Encik Anwar pada 2018.

“Sesungguhnya, Singapura dan Malaysia adalah rakan kongsi rapat. Negara kita berkongsi persahabatan yang telah sekian lama terjalin, disokong oleh hubungan sejarah, budaya dan interpersonal yang kukuh.

"Banyak lagi yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan hubungan dua hala demi faedah bersama," tulis Lee.

PM Lee juga sudah mengutus perutusan tahniah kepada Encik Anwar selepas pengerusi Pakatan Harapan itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu di Istana Negara pada Khamis (24 Nov).
Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan