Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee, Menteri Pertahanan China bertemu di Istana

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Pertahanan China Wei Fenghe berbincang mengenai aspek-aspek kerjasama pertahanan antara Singapura dengan China semasa pertemuan mereka bertemu di Istana siang tadi (30 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee, Menteri Pertahanan China bertemu di Istana

Menteri Pertahanan China Wei Fenghe (kiri) dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong (kanan).

Diterbitkan : 30 May 2019 09:40PM Dikemas Kini : 30 May 2019 09:44PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Pertahanan China Wei Fenghe berbincang mengenai aspek-aspek kerjasama pertahanan antara Singapura dengan China semasa pertemuan mereka bertemu di Istana siang tadi (30 Mei).

Di mesyuarat itu, Encik Gen Wei dan PM Lee "bertukar-tukar pandangan mengenai keselamatan serantau dan menekankan betapa pentingnya untuk mendalamkan kerjasama dan membangunkan rasa saling percaya antara negara-negara" menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan media.

Mereka juga mengesahkan hubungan dua hala yang "rapat dan mesra" antara Singapura dengan China, menurut kementerian itu.

Sebagai sebahagian daripada lawatan pertamanya ke Singapura, Encik Gen Wei mengunjungi RSS Singapura - Pangkalan Tentera Laut Changi.

Di sana, beliau "diberitahu mengenai operasi-operasi Pusat Gabungan Maklumat di Pangkalan Tentera Laut Changi dan sumbangannya kepada sektor maritim," menurut MINDEF.

Beliau juga menaiki kapal selam "Archer-class" RSS Swordsman dan RSS Stalwart.
Jeneral Wei akan menghadiri Dialog Shangri-La berhubung forum pertahanan, yang akan diadakan dari Jumaat hingga Ahad. Beliau juga akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, dan dihos jamuan malam oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan