Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee luah harapan perkukuhkan hubungan antara S'pura dengan M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap untuk membina hubungan lebih kukuh antara negara itu dengan Malaysia, termasuk juga dengan negeri Perak.

Beliau berkata demikian dalam satu catatan Facebook pada Rabu (23 Jun) untuk berkongsi pertemuannya dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah.

Sultan Nazrin, yang juga Sultan Perak, kini dalam rangka lawatan empat hari ke Singapura bermula Selasa (20 Jun) atas undangan Encik Lee.

“Gembira kami dapat bertemu secara bersemuka lagi memandangkan sempadan telahpun dibuka semula sekarang. Kami membincangkan perkembangan serantau dan mengenai bidang-bidang kerjasama yang boleh diperkukuhkan lagi antara Singapura dengan Perak,” kata Encik Lee.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Mohd Annuar Zaini dan Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

“Kali terakhir kami bertemu pada 2019, ketika Sultan Nazrin melawat Singapura untuk Kejohanan Golf Universiti Malaya-NUS,” kata PM Lee.

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura, Sultan Nazrin akan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri Singapura termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean dan Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong.

“Sultan Perak juga akan diberi taklimat mengenai Pelan Singapura Menghijau 2030,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Selasa (21 Jun).

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan