Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee lawat Masjid Besar Sheikh Zayed, pusat berbilang agama, dalam lawatan rasmi pertama ke UAE

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee lawat Masjid Besar Sheikh Zayed, pusat berbilang agama, dalam lawatan rasmi pertama ke UAE

Perdana Menteri Lee Hsien Loong melawat Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi semasa melakukan lawatan rasmi ke Amiriah Arab Bersatu pada 22 Okt 2023. (Gambar: MCI/PMO)

ABU DHABI:  Perdana Menteri Lee Hsien Loong meneruskan lawatannya di Timur Tengah, dengan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Amiriah Arab Bersatu (UAE).

PM Lee sebelum ini telah bertemu rakan-rakan sejawatannya di Arab Saudi pada minggu lalu.

Beliau tiba di Dubai pada Jumaat malam (20 Okt) dengan disambut oleh Menteri Negara Perdagangan Luar UAE, Dr Thani bin Ahmed Al Zeyoudi. Encik Lee dijadual bertemu dengan Presiden UAE, yang juga pemimpin Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan pada Ahad (22 Okt). 

Beliau dibawa ke bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa, di mana para pemimpin UAE memberikan taklimat mengenai pembangunan negara itu sejak sedekad lalu dan wawasannya untuk mempelbagaikan serta mengembangkan lagi ekonominya kepada lebih AS$800 bilion (S$1 trilion).

Sepanjang lawatannya pada hujung minggu ini, PM Lee akan berada di Dubai dan Abu Dhabi, ibu kota UAE.

PM Lee juga dibawa melawat beberapa tempat bersejarah dan mercu tanda budaya UAE.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong melawat Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi. (Gambar: MCI/PMO)

Semasa di Abu Dhabi, beliau melawat Masjid Besar Sheikh Zayed dan Rumah Keluarga Ibrahim.

Kompleks berbilang fahaman agama itu merupakan satu-satunya seumpamanya yang menempatkan sebuah masjid, gereja dan saumaah rasmi pertama negara itu dalam satu bangunan.

Lawatan Encik Lee ke UAE mengesahkan lagi hubungan yang telah terjalin sejak hampir 40 tahun.

UAE adalah rakan dagang terbesar Singapura di Timur Tengah dengan dagangan dua hala bernilai hampir AS$30 bilion (S$41.2 bilion).

PM Lee diiringi Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan; Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng; Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan Amy Khor; dan Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan Janil Puthucheary.  

Sumber : CNA/HA/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan