PM Lee lancarkan inisiatif cegah barah bagi penduduk Ang Mo Kio, Sengkang West
Sekitar 560 warga senja dari GRC Ang Mo Kio dan SMC Sengkang West menjalani pemeriksaan percuma bagi barah perut hari ini (18 Mei).
SINGAPURA: Sekitar 560 warga senja dari GRC Ang Mo Kio dan SMC Sengkang West menjalani pemeriksaan percuma bagi barah perut hari ini (18 Mei).
Inisiatif Kesedaran Pencegahan dan pemeriksaan Barah dilancarkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mengesan penyakit barah lebih awal menerusi pemeriksaan kerap.
Sasarannya untuk melibatkan 25 peratus penduduk di kawasan-kawasan undi tersebut menjelang hujung tahun ini.
Projek masyarakat oleh Gerakan CHECKED itu berharap untuk bekerjasama dengan badan-badan akar umbi yang lain di merata negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.