PM Lee lakukan lawatan rasmi 3 hari ke Vietnam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MCI)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam atas undangan rakan sejawatannya Pham Minh Chinh.
Demikian menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Sabtu (26 Ogos).
Encik Chinh melawat Singapura pada Februari, apabila kedua-dua negara memeterai beberapa perjanjian dalam bidang kerjasama ekonomi digital-hijau dan maritim.
"Lawatan oleh PM bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala dan ulang tahun ke-10 Kerjasama Strategik Singapura bersama Vietnam," dedah PMO.
PM Lee akan berada di Hanoi pada 27 Ogos sehingga 29 Ogos. Beliau akan bertemu Encik Chenh beserta Setiausaha Agung Parti Komunis Nguyen Phu Trong, Presiden Vo Van Thuong dan Pengerusi Dewan Negara Vuong Dinh He.
PM Lee juga dijemput ke majlis makan malam oleh Encik Chinh.
Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua perdana menteri akan menghadiri acara Taman Perusahaan Vietnam-Singapura (VSIP) dan menyaksikan upacara beberapa VSIP yang luar biasa secara maya, serta pembentangan lesen pelaburan untuk VSIP baharu.
Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, dan Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng akan mengiringi PM Lee dalam lawatan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong akan menjadi Pemangku Perdana Menteri ketika PM Lee berada di Vietnam.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.