PM Lee lakukan lawatan ke Jepun untuk hadiri Sidang Puncak ASEAN-Jepun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP/Hiro Komae)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan empat hari ke Jepun mulai esok (15 Dis).
Beliau akan menghadiri satu sidang puncak bagi menandakan 50 tahun hubungan dan kerjasama ASEAN-Jepun.
PM Lee akan berada di Jepun dari 15 Disember hingga 18 Disember, umum Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis (14 Dis).
Para pemimpin ASEAN dan Jepun dijangka akan membincangkan usaha untuk mendalami dan memperluaskan lagi perkongsian dialog.
Ini termasuk dalam bidang-bidang yang berkembang seperti ekonomi hijau dan pendigitalan.
Mereka juga akan membincangkan isu-isu serantau dan global.
Sidang puncak tersebut akan dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Presiden Indonesia Joko Widodo.
Demikian menurut satu kenyataan dari Kementerian Luar Jepun.
PM Lee akan mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Fumio Kishida.
Beliau akan ditemani oleh isterinya, Cik Ho Ching, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dan para pegawai lain.
Dalam pada itu, Menteri Kanan Teo Chee Hean akan menggalas tugas Pemangku Perdana Menteri.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.