Skip to main content

Singapura

PM Lee lahirkan penghargaan kepada jururawat atas pengorbanan demi tugas

Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan penghargaannya kepada jururawat kerana melaksanakan tugas mereka serta memastikan sistem penjagaan kesihatan Singapura terus berjalan lancar sepanjang pandemik ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee lahirkan penghargaan kepada jururawat atas pengorbanan demi tugas

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 12 May 2021 08:47PM Dikemas Kini : 12 May 2021 08:48PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan penghargaannya kepada jururawat kerana melaksanakan tugas mereka serta memastikan sistem penjagaan kesihatan Singapura terus berjalan lancar sepanjang pandemik ini.

Menurut PM Lee, jururawat telah banyak berkorban dengan terpaksa meninggalkan keluarga mereka demi tugas yang digalas.

Sempena Hari Jururawat Antarabangsa hari ini (12 Mei) Encik Lee mengajak rakyat warga Singapura supaya memberi penghargaan kepada jururawat yang tidak mementingkan diri sendiri.

Menulis di Facebook, PM Lee turut mengingatkan mereka supaya menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri sedang mereka merawat orang lain. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita