PM Lee kongsi kejayaan keluarga Melayu tiga generasi menerusi meritokrasi dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan
Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan dalam ucapannya di Rapat Umum Hari Kebangsaan semalam (20 Ogos) beliau memberi contoh sebuah keluarga Melayu untuk menekankan lagi perkara tersebut.
Gambar keluarga Encik Aziz 3 generasi bersama PM Lee. (Gambar: MCI / Facebook PM Lee)
SINGAPURA: "Anak-anak kita akan menikmati kehidupan lebih baik daripada kita."
Itulah janji Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan dalam ucapannya di Rapat Umum Hari Kebangsaan semalam (20 Ogos) beliau memberi contoh sebuah keluarga Melayu untuk menekankan lagi perkara tersebut.
Ayah Encik Aziz Ahmad merupakan tukang kebun di SBC (Perbadanan Penyiaran Singapura). Ini melayakkan beliau menerima dermasiswa Kesatuan Sekerja SBC pada tahun 1986 yang disampaikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
31 tahun kemudian, anak Encik Aziz, Adam, pula menerima anugerah Dermasiswa Merit Edusave Kementerian Pendidikan yang juga diberikan PM Lee.
Kenangan manis ini dikongsi PM Lee dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan 2017.
PELUANG UNTUK BERJAYA SEDIA ADA
Kegawatan ekonomi melanda Singapura pada tahun Encik Aziz menerima dermasiswa. Meski berhadapan krisis ekonomi, pemerintah meneruskan program pembangunan demi masa depan negara. Tahap pendidikan terus dipertingkat dan institusi bagi pengajian tinggi semakin berkembang dengan pertambahan pelajar.
Ini membolehkan individu seperti Encik Aziz melanjutkan pelajaran. Beliau meraih diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Tekadnya untuk mempertingkatkan diri secara berterusan berhasil apabila beliau berjaya meraih ijazah sarjana dalam pengurusan kejuruteraan.
Encik Aziz kini seorang jurutera kanan di syarikat berbilang negara, GSK.
LAIN GENERASI, LAIN CABARAN, TETAP ADA PELUANG BERJAYA
Seperti kisah Encik Aziz, PM Lee ingin "setiap generasi lebih berjaya daripada yang sebelumnya".
Generasi muda kini tidak terkecuali dari perlunya berusaha dengan gigih untuk berjaya.
PM Lee percaya, generasi sekarang termasuk anak Encik Aziz, Adam, memerlukan kemahiran yang berbeza agar dapat berdaya saing dalam ekonomi masa depan.
Kanak-kanak seperti Adam akan diberi pendedahan kepada dunia digital. Ini dilakukan agar generasi kini mempunyai asas yang kuat dan memanfaatkan peluang pada masa depan.
Pendedahan ini sejajar dengan perubahan dalam industri dan bagi mempersiapkan diri ke arah Negara Bijak.
"Mungkin satu hari nanti, Adam akan membuka syarikatnya sendiri, mengapa tidak?" tambah PM Lee.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.