PM Lee jadi Menteri Kanan; rombakan Kabinet selepas pilihan raya akan datang:DPM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan kekal dalam Kabinet sebagai Menteri Kanan selepas berundur sebagai ketua pemerintah.
Tiada perubahan dalam Kabinet buat masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa (16 Apr).
Butiran tentang rombakan Kabinet akan diumumkan beberapa hari sebelum upacara angkat sumpah pada 15 Mei, bakal Perdana Menteri Singapura itu memberitahu wartawan pada Isnin (15 Apr), sehari selepas tarikh peralihan pucuk pimpinan diumumkan.

"Sistem kita berfungsi berdasarkan kesinambungan dan perubahan yang progresif. Tidak pernah sesekali berlaku apabila pucuk pimpinan berubah, semua menteri yang lebih mapan berundur pada masa yang sama," katanya.
"Sebaliknya, mereka terus menyumbang dengan cara yang berbeza, di samping membuka ruang untuk mereka yang lebih muda menggalas tanggungjawab lebih besar. Jadi saya akan mengambil pendekatan yang sama apabila saya mengambil alih."
Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau gembira PM Lee bersetuju untuk kekal dalam Kabinet sebagai Menteri Kanan. Mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong juga berkhidmat sebagai Menteri Kanan selepas berundur.
Ketika ditanya sama ada Menteri Teo Chee Hean akan meneruskan peranannya, Encik Wong berkata para menteri sedia ada sebahagian besarnya akan kekal dalam portfolio yang sama. Encik Wong kini dalam proses untuk berbincang dengan mereka.
"Saya akan mempertimbangkan kemungkinan menaikkan pangkat (beberapa AP) serta mengambil beberapa anggota parlimen untuk mengukuhkan pasukan," kata Encik Wong.
"Saya tidak akan mengambil orang luar untuk menyertai pasukan saya sehingga pilihan raya, jadi buat masa ini, pasukannya kekal sama."
MENCARI CALON BAHARU
Perubahan besar kepada Kabinet mungkin berlaku selepas Pilihan Raya Umum (GE), yang harus diadakan menjelang November 2025, kata Encik Wong.
"Saya sedang mencari calon baharu, terutama mereka dengan potensi menyandang jawatan politik. Jadi berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum, terdapat peluang untuk memperbaharui dan mengukuhkan pasukan dengan anggota baharu," tambahnya.
Encik Wong, 51 tahun, berkata salah satu keutamaan adalah untuk membina pasukan terbaik untuk berkhidmat kepada Singapura dan rakyatnya. Beliau juga menginginkan perubahan dan kesinambungan.
Matlamatnya adalah untuk mempunyai keseimbangan antara para menteri yang berpengalaman dengan anggota baharu yang dapat memberi perspektif lebih segar.
PERSIAPAN PILIHAN RAYA "SEDANG BERLANGSUNG"
Meskipun Encik Wong tidak mengetahui bila Pilihan Raya Umum akan diadakan, beliau berkata persiapannya sedang dijalankan.
"Persiapan untuk GE akan datang bermula sehari selepas pilihan raya lalu. Kita harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, memenuhi keperluan penduduk dan berusaha untuk memenangi hati dan fikiran mereka," katanya.
Encik Wong berkata terdapat agenda penuh bagi baki penggal pemerintah sekarang. Ini termasuk menangani kebimbangan mengenai ekonomi, pekerjaan dan kos sara hidup, serta memberi jaminan kepada warga emas, keluarga dan kumpulan yang mudah terjejas.
DPM Wong juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja beliau atas kepercayaan mereka kepada dirinya dan memilih beliau untuk memimpin pasukan.
Encik Wong dinamakan sebagai ketua pasukan generasi keempat PAP pada April 2022. Pada Julai tahun yang sama, beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
"Saya berdiri bersama individu-individu penting dan salah satunya yang menyerlah ialah Encik Lee Hsien Loong. Beliau sudah melakukan segalannya untuk Singapura, terutamanya dalam tempoh 20 tahun lalu ketika memimpin negara kita," kata Encik Wong.
Beliau menambah: "Bagi pihak semua rakyat Singapura, saya berterima kasih kepada Encik Lee Hsien Loong yang berkhidmat untuk negara kita tanpa mementingkan diri sendiri dan atas sumbangan beliau yang berpanjangan kepada Singapura."
PARA AP SANJUNG TINGGI SUMBANGAN PM LEE
Para Menteri dan Anggota Parlimen (AP) Singapura juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan menyusuli pengumuman PM Lee dan Encik Wong di media sosial.
"Sejak hari pertama sebagai PM, beliau bercakap tentang Singapura yang bersifat inklusif. Perkara ini mungkin tidak berlaku tanpa asas meritokrasi, ekonomi yang membentangkan pelbagai peluang dan sistem pendidikan yang utuh," tulis Menteri Kesihatan Ong Ye Kung di akaun Instagram beliau.
"Inklusiviti sudah menjadi asas kepada kebanyakan dasar domestik PM Lee. Ia mewujudkan sikap optimis dan membangkitkan harapan kepada ramai. Ini adalah usaha yang berterusan, di mana generasi akan datang harus meneruskannya," tambah Encik Ong.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah pula mengucapkan terima kasih kepada PM Lee atas kepimpinan dan dedikasinya.
"Beliau adalah pemimpin dan pembimbing yang hebat. Ia adalah satu penghormatan untuk bekerja dengannya sebagai anggota Kabinetnya. Tahniah kepada DPM Wong yang bakal mengambil alih tangunggjawabnya. Ia adalah salah satu tugas yang mencabar," tulis Cik Indranee.
Anggota Parlimen GRC Sembawang Mariam Jaafar menyifatkan PM Lee sebagai seorang "ketua parti yang tegas namun mendengar, mmeberi inspirasi dan memperkasa".
"Sama ada keputusan beliau disetujui atau tidak, setiap keputusan dilakukan atas dasar kepercayaan bahawa ia dapat menjadikan Singapura lebih baik, supaya hidup kita lebih baik," tulis Cik Mariam.
Datuk Bandar CDC Tengah, Denise Phua pula berkata: "Saya berbesar hati dapat berkhidmat di bawah kepimpinan PM Lee. Saya berharap Singapura terus meraih manfaat daripada kecekapan dan perwatakannya, walaupun selepas tampuk kepimpinan beralih."
"Saya juga menantikan kepimpinan DPM Lawrence Wong sebagai PM baharu kita. Beliau sentiasa bersifat bertimbang rasa dan responsif kepada rayuan saya, terutamanya ketika beliau berkhidmat dalam Kementerian Kewangan dan Pendidikan. Saya meletakkan kepercayaan saya kepadanya," tambah Cik Phua.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.