Skip to main content

Singapura

PM Lee ikut serta sambutan ulang tahun Maktab Rendah Kebangsaan ke-55

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 May 2024 08:01PM Dikemas Kini : 11 May 2024 08:49PM
SINGAPURA: Dalam salah satu acara terakhir beliau sebelum berundur diri, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menghadiri pembukaan galeri warisan Maktab Rendah Kebangsaan (NJC).

PM Lee merupakan salah seorang pelajar daripada kohort pertama yang menamatkan pengajian di maktab itu.

Kehadiran beliau disambut penuh meriah oleh para pelajar Maktab Rendah Kebangsaan.

Selain berswafoto, PM Lee turut mengambil bahagian dalam permainan yang tersedia, selain singgah di gerai-gerai untuk membeli cenderahati.

Karnival tersebut merupakan sebahagian daripada projek amal bersama pusat Eden yang berkhidmat kepada golongan berkeperluan khas.
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita