Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee Hsien Loong ucap tahniah kepada PM Australia Anthony Albanese atas pelantikannya

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee Hsien Loong ucap tahniah kepada PM Australia Anthony Albanese atas pelantikannya

Anthony Albanese berucap pada 21 Mei 2022, menyusuli kemenangan partinya dalam pilihan raya. (Gambar: AFP/Wendell Teodoro)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (9 Jun) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Australia Anthony Albanese atas kemenangan partinya dalam pilihan raya Persekutuan pada Mei 2022.

Dalam satu panggilan telefon, Encik Lee turut mengucapkan tahniah kepada Encik Albanese atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

"Kedua-dua Perdana Menteri menegaskan hubungan baik berasaskan kerjasama dalam pelbagai bidang antara Singapura dengan Australia yang disokong oleh Kerjasama Strategik Komprehensif," kata Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) dalam satu kenyataan media.

"Mereka mengalu-alukan kemajuan baik dalam kerjasama dua hala dalam bidang termasuk ekonomi hijau. Kedua-dua Perdana Menteri berharap dapat bertemu di Australia akhir tahun ini bagi Mesyuarat Pemimpin tahunan," kata MFA.

Kedua-dua Encik Lee dan Encik Albanese turut membincangkan perkembangan penting serantau dan antarabangsa, dengan Encik Lee mengalu-alukan komitmen rakan sejawatannya untuk memperdalam pelibatan Australia dengan Asia Tenggara.

Encik Albanese, 59 tahun memimpin Parti Buruh memenangi pilihan raya pada Mei, sekali gus menamatkan pemerintahan konservatif selama hampir sedekad.

Pemerintah Buruh Australia ingin memberikan tumpuan lebih besar pada hubungan dengan Asia Tenggara dan perubahan iklim, satu isu penting bagi negara jirannya di Pasifik.
Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan