Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee Hsien Loong, Ho Ching bakal terima anugerah di Brunei

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isterinya Ho Ching bakal menerima anugerah sewaktu lawatan mereka ke Brunei dari hari ini (14 Jul) hingga Sabtu (16 Jul). 

PM Lee akan mengadakan lawatan kerja ke Brunei untuk menghadiri sambutan ulang tahun ke-76 Sultan dan Yang di-Pertuan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Sewaktu lawatannya itu, PM Lee akan menerima Darjah Kerabat Laila Utama, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis (14 Jul). 

Penerima anugerah sebelum ini termasuk perdana menteri pengasas Singapura Lee Kuan Yew dan Presiden Indonesia Joko Widodo. 

Cik Ho Ching akan menerima Darjah Paduka Seri Laila Jasa - Kelas Pertama. 

Upacara penyampaian anugerah itu akan diadakan di Istana Nurul Iman. 

Sepanjang lawatan itu, PM Lee akan diiringi Dr Maliki Osman, Menteri di PMO merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar. 

Para pegawai daripada PMO, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) turut berada di Brunei bersama PM Lee. 

Selain menghadiri upacara penyampaian anugerah dan jamuan malam diraja, PM Lee akan bertemu Sultan dan beberapa menteri Brunei sewaktu lawatannya itu, menurut PMO. 

Beliau juga akan mengadakan lawatan di kemudahan latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Temburong. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan