Skip to main content

Singapura

PM Lee Hsien Loong bercuti hingga 16 Jun

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan bercuti selama seminggu mulai Isnin (10 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee Hsien Loong bercuti hingga 16 Jun

Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: Reuters/Etienne Oliveau)

Diterbitkan : 10 Jun 2019 07:40AM Dikemas Kini : 10 Jun 2019 07:50AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan bercuti selama seminggu mulai Isnin (10 Jun). Demikian menurut satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri pada Ahad malam.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan memangku jawatan selaku Perdana Menteri pada tempoh Encik Lee bercuti.

Menulis di laman Facebooknya semalam (9 Jun), Encik Lee berkata beliau berharap untuk meluangkan masa bersama keluarganya.

"Akan bercuti selama seminggu. Saya menantikan untuk meluangkan masa dengan keluarga dan membaca," katanya.

"Mungkin saya akan terserempak dengan anda apabila saya pergi#jalanjalan!," tambahnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita