PM Lee, Hishammuddin bincang tindak balas terhadap cabaran keselamatan serantau
SINGAPURA: Tindak balas terhadap cabaran keselamatan serantau menjadi sebahagian agenda pertemuan antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan Menteri Kanan Pertahanan Malaysia Hishammuddin Hussein di Istana pada Sabtu (11 Jun).
Mereka menegaskan peri pentingnya meningkatkan kerjasama pertahanan sedia ada.
Kedua-dua pemimpin mengakui keberkesanan langkah-langkah kerjasama seperti Rondaan Selat Melaka dan Kemudahan Maklumat Anti Pengganasan dalam memperkukuh keselamatan serta kestabilan di rantau ini.
Encik Lee dan Encik Hishammuddin juga mengesahkan hubungan yang terjalin sejak sekian lama dan kerjasama meluas serta muhibah antara rakyat kedua-dua negara.
Awal dari itu, Encik Hishammuddin bertemu Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di mana isu-isu keselamatan turut dibincangkan.
Kedua-dua menteri juga membincangkan cara-cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara angkatan bersenjata kedua-dua negara.
Mereka juga bersepakat untuk meneruskan kerjasama menerusi wadah-wadah berbilang hala serantau seperti Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN untuk memastikan keselamatan dan kestabilan rantau ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.