Skip to main content

Singapura

PM Lee hargai kecekalan masyarakat Islam S'pura lawan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee hargai kecekalan masyarakat Islam S'pura lawan COVID-19

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. (Gambar fail: MCI)

Diterbitkan : 03 Apr 2022 12:08AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menghargai kerjasama dan kecekalan masyarakat Melayu/Islam dalam usaha melawan COVID-19.

PM Lee juga melahirkan penghargaannya kepada para pemimpin masyarakat, asatizah serta masjid-masjid kerana sabar dan cekap mematuhi peraturan untuk sama-sama mengekang penularan virus tersebut.

Menurut PM Lee, sepanjang dua tahun, masyarakat Islam di sini terpaksa menyesuaikan diri dengan sekatan-sekatan COVID-19 – dari penutupan masjid hingga ke bilangan jemaah yang turut terpaksa dihadkan.

Dengan pelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat (SMM) baru-baru ini, PM Lee berharap sambutan Ramadan tahun ini akan lebih meriah lagi.

Orang ramai juga boleh mengunjungi bazar-bazar Ramadan di Geylang Serai dan Kampong Gelam seperti sebelum wabak COVID-19 melanda, menurut PM Lee dalam catatan Facebooknya pada Sabtu (2 Apr).
 

"Segala kerja keras dan pengorbanan anda ternyata membuahkan hasil. Kita belum lagi tiba di garisan penamat, walaupun kita sudah semakin hampir. Marilah kita bersatu padu. Bersama, kita mampu mengatasi COVID-19 dan bangkit dengan lebih kukuh," tulis PM Lee selanjutnya.

PM Lee yang sedang melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat mengakhiri catatannya dengan mengucapkan 'Selamat menjalani ibadah puasa' kepada seluruh umat Islam di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita