PM Lee harap perubahan SG dihargai; pelbagai acara dianjur sempena ulang tahun kelahiran Lee Kuan Yew ke-100
SINGAPURA: Sabtu (16 Sep)merupakan ulang tahun kelahiran ke-100 Perdana Menteri pertama Singapura.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan harapan agar generasi muda hari ini dapat menghargai perubahan yang ditempuh Singapura berbanding keadaan ketika baru merdeka.
Beliau berkongsi melalui satu catatan Facebook, semasa mengimbas sumbangan mendiang ayahnya.
PM Lee turut menyentuh tentang semangat dan azam para pemimpin pengasas negara ini untuk mengatasi cabaran masa lalu yang amat besar.
Di Kelab Masyarakat Ci Yuan, lebih 500 penduduk berkumpul untuk menyambut ulang tahun kelapan kelab masyarakat itu, dan di masa yang sama, memperingati mendiang Encik Lee.
Antara tetamu yang hadir termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Penasihat Akar Umbi GRC Ang Mo Kio Darryl David.
Selain persembahan melodi terkenal daripada siri drama tempatan, sebuah montaj turut dipamerkan, menggambarkan detik-detik kepimpinan Encik Lee dari 1959 hingga era 90-an.
Di Tanjong Pagar pula, sekitar 500 penduduk dan pemimpin akar umbi berhimpun untuk memperingati hari itu dengan berkongsi gambar dan anekdot mengenai Anggota Parlimen yang lama berkhidmat di kawasan undi itu.
Sambutan yang bertemakan budaya Peranakan, mengambil inspirasi daripada gaya reka pembinaan yang berunsur Cina, Melayu dan Eropah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.