Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee harap hubungan kerjasama dengan Brunei terus kukuh pada tahun-tahun mendatang

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee harap hubungan kerjasama dengan Brunei terus kukuh pada tahun-tahun mendatang

Gambar: Facebook/ Lee Hsien Loong

Diterbitkan : 17 Jul 2022 03:23PM Dikemas Kini : 17 Jul 2022 03:50PM
SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dan isteri beliau, Puan Ho Ching selamat tiba di Singapura dari Brunei pada Ahad pagi (17 Jul).

Demikian dikongsi oleh PM Lee menerusi catatan Facebook pada Ahad (17 Jul).
PM Lee turut menyatakan bahawa walaupun lawatan itu singkat, ia merupakan lawatan yang tidak dapat dilupakan.

Semalam (16 Jul), PM Lee bertemu dengan Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah, dan berjalan-jalan pada sebelah pagi serta bersarapan, disusuli oleh jamuan tengah hari bersama para menteri Brunei.

PM Lee dan isteri beliau, Puan Ho Ching juga dikurniakan anugerah diraja dari Sultan Brunei pada petang semalam (16 Jul).
PM Lee menyatakan bahawa beliau berbesar hati dikurniakan anugerah Darjah Kerabat Laila Utama semasa Majlis Jamuan Diraja.

"Singapura dan Brunei mempunyai hubungan yang erat dalam berbilang aspek yang dikukuhkan lagi dengan kepercayaan bersama yang dijalin selama beberapa dekad," tulis PM Lee, sambil menambah beliau berharap agar hubungan dan kerjasama itu terus kukuh pada tahun-tahun mendatang.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan