PM Lee hadiri sambutan ulang tahun Sultan Brunei, istiadat permasyhuran
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isteri beliau, Puan Ho Ching menghadiri majlis sambutan ulang tahun Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan pada Jumaat (15 Jul).
Mereka juga menghadiri upacara istiadat permasyhuran yang diadakan bersamaan dengan sambutan di Istana Nurul Iman, di mana sultan menyampaikan Anugerah Darjah Kebesaran.
PM Lee menerusi catatan Facebook beliau pada Jumaat (15 Jul) menyatakan beliau sangat berbesar hati untuk menghadiri acara itu dan menyampaikan ucapan ulang tahun kepada Sultan Brunei.
PM Lee turut berkongsi beberapa gambar beliau bertemu dengan saudara Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Putera Mohamed Bolkiah, Putera Sufri Bolkiah dan Putera Jefri Bolkiah.
Dalam hantaran sebelum itu, PM Lee menyatakan bahawa beliau gembira dapat kembali lagi ke Brunei.
"Sudah lima tahun sejak (kali terakhir) saya berada di sini. Singapura dan Brunei adalah rakan baik, dengan hubungan kukuh antara rakyat kedua-dua negara,” tambah beliau.
PM Lee dan Puan Ho Ching akan berada di Brunei sehingga Sabtu (16 Jul).
PM Lee akan menerima anugerah Darjah Kerabat Laila Utama, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis (14 Jul).

Puan Ho Ching pula akan menerima anugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa - Kelas Pertama.
Encik Lee dijadualkan bertemu Sultan Hassanal Bolkiah dan menteri-menteri Brunei semasa lawatan tersebut.
PM Lee juga akan menghadiri Majlis Jamuan Diraja dan melawat kemudahan latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Temburong.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.