Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee hadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Thailand dari 17-19 Nov

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang ke-29 di Thailand dari Khamis (17 Nov) hingga Sabtu (19 Nov).

Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) itu terdiri daripada 21 ekonomi di rantau ini.

Para pemimpin akan membincangkan langkah-langkah untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi sejagat melalui pertumbuhan yang mampan dan inklusif serta perdagangan dan pelaburan.

PM Lee juga akan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin APEC yang lain di luar mesyuarat tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong akan menjadi Pemangku Perdana Menteri semasa PM Lee berada di luar negara.
Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan