PM Lee hadiri Forum Ekonomi Sedunia ke-27 mengenai ASEAN di Vietnam
Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan berada di Hanoi, Vietnam dari Selasa (11 Sep) hingga Rabu untuk menghadiri Forum Ekonomi Sedunia ke-27 mengenai ASEAN, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan.
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan berada di Hanoi, Vietnam dari Selasa (11 Sep) hingga Rabu untuk menghadiri Forum Ekonomi Sedunia ke-27 mengenai ASEAN, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan.
PM Lee diundang oleh Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc untuk menyampaikan ucapan di pembukaan sesi pleno sebagai sebahagian daripada peranan Singapura selaku Pengerusi ASEAN tahun ini. Ucapan beliau akan memberi tumpuan kepada inisiatif dan usaha ASEAN dalam memanfaatkan teknologi yang kian berubah dalam Revolusi Perindustrian Keempat. Inisiatif-inisiatif itu berusaha untuk mengukuhkan kedudukan ASEAN dan Singapura bagi menghadapi ekonomi masa hadapan, menurut PMO.
PM Lee akan diiringi Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan, Janil Puthucheary, serta beberapa pegawai kanan.
Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean akan memangku jawatan Perdana Menteri, semasa PM Lee berada di Hanoi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.